WELCOME TOOOO MY BLOG
<3 NAJWA NASIR <3
FOLLOW KAYY :)

Tuesday, February 21, 2012

Cintaa tk semestinya bersatu :)

Deym jiwang! Telah lama aku tak blogging. Ini semua berpunca daripada jiwa kacau yang meracau-racau. Blog aku pun makin sepi, prestasi memang jatuh menjunam. Aku nekad nak blogging semula, seaktif-aktifnya hingga lupa masalah dunia. Haha.. 

Aku mahu berkongsi sedikit tentang masalah jiwa aku. Memanglah sekarang aku asyik merindu dengan ex-kekasihku yang tak patut dikasih. Namun aku cuba abaikan perasaan itu dengan kesibukan. Bagi manusia seperti kita, 
perpisahan itu adalah pasti 
cuma   cepat   atau   lambat 
itu  adalah ketentuan Ilahi

Aku dah boleh menerima kenyataan yang kami telah berpisah. Namun seperkara yang sukar untuk dilupakan adalah rasa perit kerana dikhianati. Mungkin untuk melupakan itu hanyalah redha dan kemaafan. Aku masih tak mampu. Tapi aku pasti akan dapat melupakan, mungkin apabila aku telah tua nyanyuk. Maka plan B aku adalah berubah menjadi buaya darat yang berjaya di alaf baru ini.  Oke! Ayat akhir tu tipu.

Wednesday, February 8, 2012

Kalau Dh Name Perempuan :)

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi:

Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you aa. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku.Kalau tak percaya,cuba tanya isteri atau awek masing-masing,betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu

HAHAH :)u.

Wednesday, February 1, 2012

Delete memory empty recycle bin :)


MEMORI BANGANG KAT SCH :D



1. Siapa pakai tudung kat sekolah mesti boleh relate betapa gelabahnya kalau angin tiup. Serabai. Langsung takde rupa Maya Karin layan ombak atas batu. Dunia ini tidak adillllll!  Aku paling sadis sebab masa tuh waktu rehat, tengah makan . Tiba-tiba angin tiup bucu belakang tudung dah sampai ke dahi, auuu sexy leher aku . Kawan-kawan aku mula-mula semua diam je muka masing-masing muka tahan cirit, pastu last-last tak tahan, bantai gelak kat musibat yang menimpa diriku. Ngong. Thanks God for these budiman friends you sent me.

2. Pastu aku benci kalau orang main cucuk pinggang kat perhimpunan. Kalau awal-awal memang lah lawak pastu boleh gelak-gelak. Yelah, lawak kan rupa orang terkejut bahu terangkat? Aku sendiri flashback pun tergelak. Then bila terperasan budak yang kita minat ada kat barisan sebelah, terus WEHHH JANGAN AHHHHH. Mulalah rasa yang kawan kita nak sabotaj depan our crush (alololo ‘crush’ yewww), boleh perang dingin untuk dua masa pertama (kalau korang tak familiar dengan ayat ‘dua masa pertama’ berarti korang dah tua.) Kehkehkeh.

3. Kita dulu kan takde handphone. Harapkan talipon rumah. Pastu internet pun jarang bukak (ke I sorang je yang begitu skema ini?) maka tak selalu berhubung dengan kawan (tak macam budak zaman sekarang buka FB tanya homework ape). Jadi kebanyakan info tak sampai secepat yang kita mahukan. Di pagi yang indah kita sungguh teruja dah pakai baju PJK, tengok-tengok satu class semua pakai baju biasa. Bila kita sampai dekat sikit, semua buat muka DIDN’T-YOU-GET-THE-MEMO?. Damn you. Kalau aku hot pakai baju PJK takpe gak pakai sorang-sorang. Ini pakai tracksuit yang bila jalan bunyi plastic berlaga, pastu ada zip ketat kat bawah sampai buku lali gatal.

Tapi langit sang tupai tak selalunya cerah, dan bila langit dia gelap, dia lompat-lompat atas dahan akhirnya jatuh ke tanah sebab vision tak clear. Akulah tupai tuh. sekolah. Cikgu suruh letak homework atas meja dia nak check. Tengok-tengok 4 orang tak siap/tak bawak. 3 budak lelaki, aku sorang je perempuan (sorrylah malukan kaum). Cikgu nak denda masa tuh, tapi dia tengok aku sorang perempuan, so dia cam tak sampai hati, dia still try nak tolong. Dia tanya aku “Najwa awak tak bawa buku ya?” “A ah, tak bawak” “Tapi awak tak bawak, awak siap kerja kan?”Ini patutnya laluan aku untuk menipu dan get away. Tapi lidah aku selalu taknak coordinate dengan niat jahat. Jadi lidah pun jawab “Tak bawak, tak siap”. Confident. Sekarang kau berdiri depan kelas… sebelah.  DEPAN KELAS SEBELAH, BUKAN KELAS SENDIRI. Deym.